Friday, August 11, 2006
PADAH Jika MAKSIAT Dipandang SEPI!!

DALAM abad-abad kejayaan Islam, kaum muslimin berada dalam bimbingan sebuah khilafah. Dunia dari timur dan barat menghormati agama Islam. Kaum Muslimin menjadi orang yang mulia, mempunyai 'izzat' dan harga diri setanding naungi haluan al-Quran dan sunnah.
Rakyat hidup dalam keadaan aman, bahagia dan sejahtera. Mereka mendapat segala haknya sebagai rakyat - pendidikan, keamanan dan keadilan.
Dalam abad-abad itu, ahlu dzimmah (orang bukan Islam yang hidup di negeri Islam) tunduk dan hormat kepada setiap Muslim serta hukum dan muamalat Islam. Tidak seorang daripada mereka berani mengangkat bahu dan wajah.
Mereka wajib membayar jizyah, dengan jaminan penuh keamanan, kebebasan menjalankan ibadat mereka. Namun, kini semua itu hanya tinggal kenangan.
Di sana sini umat Islam diseksa, diusir dan dibiarkan lapar. Dahulu kita dapat melarang ahlu dzimmah daripada berlatih kuda. Tetapi kini, mereka sudah menaiki kepala kita. Dahulu merekadapat hidup nyaman di negeri kita. Sekarang mereka yang mencabik-cabik tubuh kita dipelbagai belahan dunia, bahkan mungkin di depan mata kita.
Segalanya terjadi disebabkan kita menjauhi ajaran Islam. Semuanya terjadi kerana kita selalu berbuat maksiat, jauh daripada tunduk dan taat kepada Allah. Allah tidak akan menariknya kembali kecuali dengan bertaubat dan beristighfar.
Maksiatlah yang menyebabkan Allah menumpahkan air dari langit dan memuntahkannya ke bumi hingga umat Nabi Nuhyang kafir dan durhaka itu tenggelam dan binasa -mati terkubur dalam lumpur.
Justeru, Nabi Nuh berkata: "Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allah di waktu belayar dan berlabuh. Sesungguhnya, Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Bahtera itu belayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung dan Nuh memanggil anaknya, sedang anak itu berada di tempat yang jauh terpencil: "Hai anakku! Naiklah ke kapal bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang kafir." Anaknya menjawab: "Akuakan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku daripada air bah." Nuh berkata: "Tidak ada yang melindungi hari ini daripada azab Allah selain Allah saja yang Maha Penyayang."
Maksiat juga menyebabkan Allah menghancurkan kaum Nabi Hud habis tiada bersisa. Allah berfirman yang bermaksud: "Maka mereka mendustakan (Hud) lalu Kami binasakan mereka kerana sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah tetapi kebanyakan mereka tidak beriman." (Surah Asy-Syu'ara': Ayat 139).
Maksiat juga menyebabkan kaum Tsamud menelan mentah-mentah azab yang sangat pedih. Mereka menyembelih unta Nabi Saleh dan berlagak angkuh terhadap perintah Tuhan. Mereka berkata: "Hai Saleh, datangkanlah apa yang kamu ancamkan, jika (betul) kamu termasuk orang-orang yang diutus Allah, kerana itu mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka." (SurahAl-A'raf: Ayat 77 dan 78).
Kaum Nabi Luth juga hancur berkeping-keping kerana maksiat. Tujuh kota hancur. Fiman Allah bermaksud: "Maka tatkala datang azab Kami,Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (kami balikkan) dan kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar bertubi-tubi yang diberi tanda oleh Tuhanmu dan seksaan itu tiadalah jauh daripada orang-orang yang zalim."(Surah Hud: Ayat 82 dan 83)
Negeri Firaun dilanda taufan kencang, hama belalang, tersebarnya kutu, katak bermaharajalela dan menyebarkan darah juga kerana maksiat. Ini jelas daripada Firman Allah yang bermaksud: "Maka kami kirimkan kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak dan darah sebagai bukti yang jelas, tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa.Kemudian Kami menghukum mereka. Kami tenggelamkan mereka di laut disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat kami dan mereka adalah orang-orang yang melalaikannya." (Surah Al-A'raf:Ayat 133 dan 136).
Bangsa Yahudi bertubi-tubi mendapat laknat dan azab. Mereka bukan saja menyakiti Nabi bahkan membunuh beberapa orang nabi. Wajarlah sekali kalau Allah mengubah mereka menjadi binatang yang paling keji di dunia. Mereka diubah menjadi :censored: dan kera kerana tabiat mereka memang seperti :censored: dan kera.
Mereka menjadi tidak tahu membalas budi dan rakus. Maka Allah mendatangkan kepada mereka bala tentera yang tidak mengasihi mereka, sebaliknya menghancurkan segala yang ada. Mereka akan selalu terusir dan selamanya mereka tidak akan tenteram. Bahkan sampai akhir zaman, selama mereka tidak mengubah sikap dan bertaubat, maka kemurkaan Allah akan selalu berulang.
Sesungguhnya, musibah yang menimpa selama ini tidak lain disebabkan tangan manusia sendiri. Allah berfirman: "Sudah nampak kerosakan didarat dan di laut kerana perbuatan tangan manusia supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."(Surah Ar-Rum: Ayat 41).
Sesungguhnya ketetapan Allah (sunnatullah) pasti berlaku sepanjang zaman kerana wujud ketidak adilan, rasuah, dadah yang selalu berkait dengan perzinaan, pelacuran dan pencurian, riba, salah memilih pendidikan, hasad, iri dan dengki, buruk sangka serta segala bentuk maksiat yang terdapat dalam masyarakat.
Menyedari hakikat ini, marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Sentiasa mensyukuri nikmat, malah dengan takwa dan syukur akan terbentang jalan keselamatan untuk kita.
Selalulah berdoa dan memohon ampun agar Allah melimpahkan kepada kita kehidupan yang selamat di dunia dan akhirat. Insya-Allah.
Luahan Hati Seorang DOKTOR. Cakap SALAH, Tak Cakap Pun SALAH?!?

Dalam menjalani tugas seharian, saya menemui ramai remaja Melayu Islam yang telah terlanjur mengadakan hubungan seks di luar nikah. Ramai yang hamil gara-gara seks tanpa perlindungan. Ada yang datang untuk mencari jalan keluar mudah bagi menerusi proses pengguguran. Ada yang berhajat untuk menggugurkan kandungan, tetapi didapati sudah terlewat kerana usia kehamilan sudah lanjut.
Ada yang datang bersendirian dan ada pula yang datang dengan pasangan dan ibu bapa. Ada yang dalam berkeadaan sedih, kecewa dan kesal. Ada pula yang bersikap tidak kisah dan tidak ambil peduli. Ada yang tampil dengan berpakaian yang sopan dan bertudung. Ada pula yang cukup bergaya dengan pakaian serba modern dan seksi, mendedahkan tatu yang menghiasi tubuh.
Walaupun saya adalah antara doktor pakar perbidanan yang tidak melakukan proses pengguguran, saya tidak terkecuali daripada tanggungjawab untuk menguruskan wanita-wanita hamil yang meminta untuk menggugurkan kandungan mereka. Biasanya saya setakat menemu bual wanita-wanita berkenaan dan tugas pengguguran akan saya serahkan pada rakan sekerja yang sanggup melakukannya. Sewaktu saya mula bertugas dalam bidang perbidanan, saya berpendirian tegas dan mempunyai semangat jitu untuk berusaha mengatasi masalah-masalah seperti pengguguran, kehamilan luar nikah, seks di kalangan remaja, dan jangkitan kelamin dan kegiatan seks rambang.
Tetapi, sepanjang menjalani tugas ini, saya menempuh pelbagai pengalaman dan kekecewaan yang melemahkan dan mematahkan semangat. Teringat saya sebuah kisah apabila saya berdepan dengan seorang gadis remaja yang memerlukan rawatan untuk masalah jangkitan kelamin. Menerusi perbualan saya dengan beliau, saya bertanyakan mengapakah beliau melakukan seks luar nikah. Dengan nada yang agak selamba beliau telah menafikannya. EH, eh... budak ni, jika beliau tidak melakukan hubungan seks masakan pula beliau telah dijangkiti kuman hasil dari hubungan tanpa perlindungan?? Jawapan yang diberikan ialah beliau kurang pasti sama ada beliau telah mengadakan hubungan seks dan beliau juga kurang pasti dengan siapa beliau mengadakan hubungan tersebut. (Mcm ni punye perempuan pun ade ke?? haizzz)
Ini adalah kerana sewaktu kejadian itu berlaku, beliau sedang mabuk kerana telah mengambil minuman keras mengandungi alkohol. Macam mana ini??!! Sudahlah dijangkiti penyakit kelamin, entah hamil ke tidak si budak ini rupanya suka menogok minuman keras rupanya. Ujian selanjutnya menunjukkan bahawa gadis remaja ini disahkan hamil!! Apabila saya memberitahu hasil ujian, remaja ini menangis tidak terhenti-henti. Beliau amat kesal atas perbuatannya dan merayu kepada saya supaya merahsiakan duduk perkara. Beliau telah membuat keputusan untuk menggugurkan kandungan tanpa pengetahuan ibu bapa. Ini sememangnya diizinkan dibawa undang-undang, remaja boleh menjalani proses pengguguran tanpa pengetahuan dan keizinan daripada ibu bapa. (Ini aku salahkan government.) Namun, saya berada di dalam keadaan dilema. Haruskah saya memberitahu remaja ini supaya dapat melibatkan mereka dalam menyelesaikan masalah yang dialami oleh anak gadis mereka?
Tetapi sebagai seorang doktor, saya tertakluk kepada persefahaman bahawa saya dikehendaki untuk memelihara dan menghormati keperibadian pesakit-pesakit saya. Saya menjadi serba salah. Kalau cakap salah, kalau tidak cakap pun saya rasa bersalah.
Soal Dara Tidak Menjadi Penting Pada Remaja!

Hana hilang kesucian daranya pada usia 16 tahun. Hamil dan menggugurkan kandungannya 3 tahun kemudian dan pada usia pada 21 tahun kini, masih aktif melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya. Namun, Hana (bukan nama sebenar) bukan belia tercicir yang datang daripada keluarga berantakkan. Golongan yang sering dikaitkan dengan masalah keseksualan remaja.
Sebaliknya, Hana dan teman lelakinya merupakan mahasiswa tahun akhir di Universiti setempat. Keluarganya pula keluarga berpendapatan pertengahan. Kisah Hana menunjukkan isu keseksualan di kalangan remaja bukan hanya tertumpu pada keluarga berantakkan, bahkan turut menjejas keluarga lain. Ketika diminta mengulas tentang perangkaan tinggi remaja Melayu yang hamil, menjalani pengguguran dan dijangkiti penyakit kelamin, beberapa orang kaunselor berkata bahawa perubahan terhadap nilai hidup, kegagalan kaum bapa melaksanakan tanggungjawab sebagai ayah dan masalah sosio ekonomi merupakan antara penyumbang utama.
Ini diburukkan lagi dengan pengaruh bahan-bahan lucah yang mudah diperolehi dari Internet, rumah yang dijadikan persinggahan bagi mereka memuaskan hawa Nafsu dan perbuatan remaja yang berpacaran pada usia yang semakin muda. Sekitar 20 tahun dulu, ramai yang masih mementingkan isu darah tetapi kini, remaja berpegang kepada falsafah ' berani buat asalkan tak mengandung '. Mereka mula berpacaran pada usia lebih muda, sekitar usia 9 hingga 10 tahun. Remaja juga semakin terdedah kepada filem-filem lucah, yang diperolehi menerusi Internet, cakera padat dan telefon bimbit. Dan mereka semakin berani membawa teman lelaki atau wanita menjadikan rumah tempat memuaskan Nafsu, kerana semakin ramai ibu bapa yang keluar bekerja.
Perangkaan Kementerian Kesihatan (MOH) menunjukkan kira-kira 600 belia antara 10 tahun dengan 19 tahun kini dijangkiti penyakit kelamin, dengan hampir separuh merupakan belia Melayu. Selain daripada itu, 417 belia Melayu dibawa usia 19 tahun telah menjadi ibu, manakala 434 remaja Melayu menjalani pengguguran dalam tempoh yang sama. Nauzubillahi `Minzaliq. Pakar kaunselor dan pakar motivasi pula berkata masalah itu bertambah runcing kerana kedudukkan sosio ekonomi masyarakat Melayu yang lemah "Ini menyebabkan ramai ibu bapa yang terpaksa bekerja siang dan malam hingga mengabaikan anak-anak mereka. Bagi keluarga Melayu yang berantakkan pula, kebanyakkannya 'hilang' bapa yang sesetengahnya meringkuk di penjara, berpeleseran di BATAM, atau terus mengabaikan tanggungjawab mereka. Akibatnya, institusi keluarga kurang mempunyai contoh teladan yang baik dan remaja wanita khususnya memburu kasih sayang di luar, malangnya mereka sering tersalah pilih.
Contoh Kes No. 1:
Lina, 17 tahun masih menuntut di Institut Pendidikkan Teknikal (ITE) dan mempunyai seorang teman lelaki yang KAKI PUKUL. Hubungan mereka menjalin selama setahun tetapi ibu Lina membantah hubungan tersebut. Di peringkat awal hubungan, ibunya melihat ada tanda-tanda lebam pada badan Lina, namun pelajar tahun kedua ITE itu membuat alasan beliau terjatuh. Tetapi, apa yang tidak diketahui ibunya ialah Lina kerap mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya, yang berusia 21 tahun. Teman lelakinya mempunyai Nafsu tinggi dan jika Lina enggan mengadakan hubungan seks, beliau akan dipukul. Remaja itu juga pernah merakamkan salah satu adegan seks mereka tanpa pengetahuan Lina. Astarghfirullah `Halazim. Pada suatu hari, Lina mendapat tahu yang dirinya hamil, teman lelakinya berkeras agar kandungan itu digugurkan namun, oleh kerana teman lelaki itu tidak mempunyai wang untuk membolehkan Lina menjalani pengguguran, beliau telah melakukan sesuatu yang tidak dijangka- memukul Lina dengan tujuan dapat menggugurkan kandungan tersebut. Nauzubillahi `Minzaliq. Akibat lebam-lebam di muka dan di mata, ibu Lina melarang anaknya dari menemui teman lelakinya dan masalah kehamilan itu terdedah.
Contoh Kes No. 2:
Ros, 14 tahun pelajar menengah 3, di sebuah sekolah jiranan baru sahaja menjalani sesi pengguguran. Dia mengaku dia kerap mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya di flat-flat kosong (HDB) yang masih dalam pembinaan atau pun di kaki-kaki tangga flat. Menurutnya, ini adalah kali pertama beliau menghadapi kehamilan setelah beberapa lama menikmati hubungan seks dengan teman lelakinya, yang berusia 16 tahun. Kehamilannya mula diketahui setelah guru-gurunya mendapati adanya perbezaan pada dirinya. Ibu bapa gadis itu dimaklumkan tentang keadaannya dan diminta agar menjalani pemeriksaan doktor. Pemeriksaan itu menunjukkan dia mengandung 3 bulan sebelum digugurkan. Menyedari akan masalah berat yang dihadapinya, teman lelaki gadis itu lari menghilangkan diri.
Contoh Kes No. 3:
Ayu, 27 tahun (dah tua ganyut tak sedar diri) mempunyai 4 orang anak luar nikah berusia antara 2 dengan 8 tahun. Anak-anak itu, hasil daripada hubungannya dengan 3 lelaki. Beliau bekerja sebagai pelayan kelab malam dan mengaku suka mengadakan hubungan seks kerana beliau memperoleh wang daripadanya. Bahkan, Ayu mendakwa melakukan seks secara maraton- dari malam hingga pagi- melakukannya antara 3 hingga 4 pusingan setiap melakukannya. Ish..ish..ish..sungguh tidak aku sangkakan begitu rendah MARUAH KAMU wahai WANITA!! Sejauh ini, dia telah menjalani 3 pengguguran walaupun beliau pernah mengalami jangkitan kelamin, dia masih belum serik dan masih tetap melakukan seks tanpa sembarang pencegahan. Dia kini, dihalau keluarga dan sehingga kini belum mempunyai niat untuk berumah tangga.
PENGALAMAN SEKSUAL SEORANG MAHASISWA.Hana pertama kali mengadakan hubungan seks sewaktu di menengah 4 dan sedang menunggu untuk memasuki sebuah makhtab rendah. "Pada waktu itu, saya fikir apa yang saya lakukan adalah betul kerana saya tidak pernah melihat isu hilang darah sebagai sesuatu yang penting, walaupun saya sedar kesan daripada tindakkan saya itu." Kata anak sulung 4 beradik yang kini mahasiswa tahun akhir sebuah Universiti setempat. Untuk mengelakkan kehamilan, Hana mengambil beberapa langkah pencegahan, termasuk mengambil suntikan hormon namun ia gagal beliau daripada hamil. "Selepas mendapati saya mengandung, saya memutuskan untuk menggugurkan janin saya, yang pada waktu itu berusia satu setengah bulan." Beliau berkata kos pengguguran janin yang berjumlah $600 itu dikongsi bersama teman lelakinya. Bapa Hana, yang merupakan seorang jurutera dan ibunya, suri rumah, tidak tahu mengenai pengguguran tersebut. Menceritakan lebih lanjut pengalaman seksualnya itu, Hana mengaku mempunyai 5 rakan seks. Astarghfirullah`Halazim. (Murah betol kau jadi perempuan eh?) Dengan 2 daripadanya adalah teman lelakinya. Menurutnya, beliau sering mengadakan seks di rumahnya. Astarghfirullah`Halazim. (Rumah kau buat mcm Motel?? Tunggu jelah azab!!) Rumah teman lelakinya, tempat-tempat awam, (Dah jadi mcm haiwan pula.. tkde rase malu???) di Universiti dan juga di Hotel. Apabila mereka pergi melancong bersama "Dengan teman lelaki saya sekarang, saya sering mengadakan hubungan itu 3 hingga 5 kali seminggu, (Kau ni sebenarnye perempuan Islam ke bukan????!!!) teman lelaki saya juga berfikiran terbuka dan pernah mengadakan hubungan itu sebelum berjumpa dengan saya."
Myself
NAME:
AGE:
D.O.B:
Favourites
bla bla
bla bla bla
bla bla bla bla
tag ME
insert your
tag board code
My history
Thursday, April 07Friday, April 08Wednesday, April 13Wednesday, April 20Monday, May 02Tuesday, May 03Friday, May 06Saturday, May 07Saturday, May 14Saturday, May 21Friday, June 10Saturday, June 11Sunday, June 12Tuesday, June 14Friday, June 17Monday, June 20Friday, June 24Saturday, June 25Wednesday, June 29Saturday, July 02Thursday, July 07Monday, July 25Tuesday, July 26Saturday, August 06Tuesday, August 09Monday, August 29Wednesday, August 31Monday, September 05Wednesday, September 07Sunday, September 11Thursday, September 15Thursday, October 27Saturday, April 29Tuesday, May 02Monday, May 08Wednesday, May 10Monday, May 15Sunday, June 04Wednesday, June 07Thursday, June 08Saturday, June 10Wednesday, June 14Sunday, June 18Thursday, June 22Friday, August 11Tuesday, August 22Sunday, August 27Thursday, August 31Sunday, September 24Sunday, October 01Sunday, December 03
My friends