Friday, June 17, 2005

apa sebenarnya yang telah berlaku..
Andai sampainya waktu aku harus tinggalkan mu
Akan aku berlalu bila tiba saat itu
Tak guna kau merayu dan tak perlu menahanku
Kerana yang berlalu kehendakmu
Hanya tuhan yang lebih tahu
Susah senang hidup dengan mu
Sumpah janji semakin layu
Hingga kini jatuh satu persatu
Engkau membiarkan ku
Air mata bertamu tidak kenal erti jemu
Menemani hatiku tidak mengenal ruang waktu
Mengapa dari dulu tak kau kata kan padaku
Kehadiranku ini menyusahkan
Yang terhalang kejujuranku
Dan yang terbilang kesilapanku
Memang payah dimengertikan kerana tertutup pintu hati mu
Terima penjelasan
Biar apa jua tafsiran
Yang ingin kau nyatakan
Aku rela terima semua...
- tidak akan pernah ku lupakan kata-kata mu yang menyakitkan hati ku ini..
aku berdoa agar kau bahagia disamping orang yang kau cinta..
dan juga kau insaf dengan perbuatan mu selama ini..


washed away 9:07:00 pm* -0-

-- *lapan sikap wanita yang disukai lelaki* --
Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilahsalah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar,
sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.
Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.
Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan.
Misalnya,
kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki.
Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.
Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.
Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan,
wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.
Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut,
lelaki suka dihargai,
dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.
Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik,
bersih,
kemas dan menarik.
Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.
Dia akan murah senyuman,
pandai merawat tubuhnya,
meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.
Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya.
Apabila sudah berumahtangga,
wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak.
Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.
Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita,
wanita tersebut dapat mengimbanginya.
Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif,
tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik.
Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik,
serta mengalihkan topik yang agak
serius kepada perbualan yang lebih menarik.
Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki.
Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.
Apabila berhadapan dengan suasana yang baru,
wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri.
Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita,
bersikap sopan dan mempunyai etika.
Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.
Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya.
Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati,
mengambil berat,
simpati pada nasib yg susah,
sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu.
Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.
Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona...

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna...


washed away 8:47:00 pm* -0-

-- *pelajaran dari cicak* --
Anda tahu cicak?
Tentu sahaja tahu kan,
hampir di setiap rumah ada cicak.
Cicak mempunyai keistimewaan boleh berjalan di siling rumah dengan badan terbalik,

Tetapi bukan itu yang ingin saya lihat pada ketika ini,
justeru yang akan saya tonjolkan ialah"kelemahan" cicak yang tidak boleh terbang,
sementara makanan cicak boleh terbang.
Dari sini dapat kita ambil pelajaran,
meski pun cicak tidak boleh terbang tetapi mereka masih dapat memakan nyamuk.

Ini menunjukkan bahawa cicak sudah di atur rezekinya oleh Allah.
"Dan tiadalah sesuatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak dibumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepadamalaikat-malaikat yang berkenaan).
"Q.S
Hud : 6

Begitu juga manusia dan makhluk yang lainnya.
Allah telah menetapkan rezekinya masing-masing.
"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan airhujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya,
juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu(mengambil manfaat darinya).
"Q.S Ibrahim : 32

Rezeki adalah pemberian Allah,
bukan dari tempatanda bekerjasekarang, bukan dari bisnes anda,
bukan darisimpanan anda.
Semuaitu hanyalah perantaraan anda mendapatkan rezeki,
kerana memang Allah yang memerintahkan kita untuk mencari rezeki tentu sahaja dengan berbagai perantaraan.
"Sesungguhnya Allah lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undangperaturanNya) dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian).
Sesungguhnya Dia Maha Mendalam PengetahuanNya,
lagi Maha Melihatakan hamba-hambaNya.
"Q.S Al-Israa' : 30

Seberapa besarnya gaji anda,
jika Allah telah menetapkan bahawa itubukan rezeki anda,
maka itu mudah bagi Allah.
Mungkin sahaja rezeki itu menjadi rezeki doktor yang mengubati penyakit anda.
Mungkin sahaja semua gaji anda habis dirompak dan berbagai kemungkinan lainnya.
Bahkan makanan yang tinggal sedikit yang bakal disuap kemulut anda masih boleh jatuh menjadi rezekinya semut.
Meskipun rezeki sudah diatur oleh Allah,
tetapi kita tetap dituntut untuk berusaha sendiri.
Cicakpun berusaha,
mendekati tempat terang dimana di sana banyak nyamuk.
"(Balasan) yang demikian itu,
ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar,
lagi Maha Mengetahui.
"Q.S Al-Anfaal : 53

Wallahua'lam bishawab...


washed away 8:33:00 pm* -0-

-- *begitu hebatnya cinta* --
Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur ?
ketika kita menangis ?
ketika kita membayangkan ?
Itu karena hal terindah di dunia ini TIDAK TERLIHAT...

Ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya
SEJALAN dengan kita
kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan
serupa yang dinamakan CINTA.
Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.
Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan...

Tapi ingatlah...
melepaskan
BUKAN akhir dari dunia,
melainkan awal suatu kehidupan baru.
Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis,
mereka yang tersakiti,mereka yang telah mencari...
dan mereka yang telah mencoba.
Karena MEREKALAH yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka...

CINTA yang AGUNG?
adalah ketika kamu menitikkan air mata dan
MASIH peduli terhadapnya,
adalah ketika dia tidak mempedulikan mu dan kamu
MASIH menunggunya dengan setia,
adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu
MASIH bisa tersenyum sambil berkata 'Aku turut berbahagia untuk mu'.

Apabila cinta tidak berhasil...
BEBASKAN dirimu...
biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas LAGI.

Ingatlah...
bahawa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya tapi ketika cinta itu mati,
kamu TIDAK perlu mati bersamanya...
Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang,
MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh.
Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan,
kamu belajar tentang dirimu sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada.
HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan-pilihanan kehidupan yang telah kau buat.

TEMAN SEJATI...
mengerti ketika kamu berkata 'aku lupa..',
menunggu selamanya ketika kamu berkata 'tunggu sebentar'.
Tetap tinggal ketika kamu berkata 'tinggalkan aku sendiri'.
Membuka pintu meski kamu BELUM mengetuk dan berkata 'bolehkah saya masuk ?'.

MENCINTAI...
BUKANlah bagaimana kamu melupakan,
melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN
BUKANlah bagaimanakamu mendengarkan,
melainkan bagaimana kamu MENGERTI
BUKANlah apa yang kamu lihat,
melainkan apa yang kamu RASAKAN
BUKANlah bagaimana kamu melepaskan,
melainkan bagaimana kamu BERTAHAN
Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati,
dibandingkan menangis tersedu-sedu.

Air mata yang keluar dapat dihapus,
sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidakakan pernah hilang
Dalam urusan cinta,
kita SANGAT JARANG menang..
Tapi ketika CINTA itu TULUS,
meskipun kalah,
kamu TETAP MENANG hanya karena kamu berbahagia dapat mencintai seseorang...
LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri
Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang
BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita,
MELAINKAN karena kita menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.
Apabila kamu benar-benar mencintai seseorang,
jangan lepaskan dia,
jangan percaya bahawa melepaskan SELALU berarti kamu benar-benar mencintai.
MELAINKAN...
BERJUANGLAH demi cintamu.
Itulah CINTA SEJATI.
Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan
DARIPADA berjalan bersama orang 'yang tersedia'.
Kadang kala,
orang yang kamu cintai adalah orang yang PALING menyakitihatimu dan kadang kala,
teman yang menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sadari...


washed away 8:14:00 pm* -0-

-- *munajat cinta* --
Assalamualaikum.....

Kepada insan2 yg sedang dilamun cinta, bercintalahkerana Allah. Hayatilah munajat cinta ini danpohonlah pada Allah swt. Semoga kita tergolongdalam golongan yg benar-benarberiman...
INSYAALLAH...

Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada
seseoarng yang melabuhkan cintanya
pada MU agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu...

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada MU...

Ya Allah,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut padaMU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cintaMU...

Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati MU...

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yg merindui syahid di jalan MU...

Ya Allah,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga MU...
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasih MU,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah,
jika kau jatuh hati pada kekasihMU,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada MU...

Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMU,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadihanya kepada Mu...

Ya Allah,
engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada Mu,
telah berjumpa pada taat MU,
telah bersatu dalam dakwah padaMU,
telah berpadu dalam membela syariatMu,
kukuhkanlah ya Allah ikatannya,
kekalkanlahcintanya,
tunjukkanlah jalan-jalannya,
penuhilah hati-hati ini dengan nur MU yang tiada pernah pudar,
lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada MU dan keindahan bertawakkal di jalanMU...
AMIN..


washed away 8:05:00 pm* -0-

dari kekasih untuk kekasih
Bismillah hirrahman nirrahim...

Ya AllahSeandainya telah engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi.

Ya AllahYa Tuhanku yang Maha Mengasihani,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini.
Ke tepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami.

Tetapi Ya AllahSeandainya telah engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandangan hidupku,
Luputkankah dia dari ingatanku,
Dan peliharakanlah aku dari kekecewaan.

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha mengerti,
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah
Agarku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya.

Ya Allah Yang Tercinta
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu.
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Segalanya yang terbaik buat hambaMu ini.

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan akhirat,
Dengarlah rintihan hambaMu yang daif ini,
Jangan Engkau biarkan aku sendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran.

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
Agar aku dan dia sama-sama dapat,
membina kesejahteran hidup,
Ke jalan yang Engkau redhai,
Dan kurniakanlah aku keturunan yang soleh dansolehah.

Ya Allah
Berikanlah kami kebahagian di dunia dan akhirat,
Dan peliharakanlah kami dari azab api neraka,
Amin Amin Ya Rabbal Aalmin...


washed away 7:54:00 pm* -0-

-- *ketahui sikap pasangan anda mahupun diri anda melalui tarikh lahir* --
1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap
serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul dengannya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4 & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar pasangan. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukkan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang
serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.


washed away 6:44:00 pm* -0-

faktor faktor yang boleh merangsang kehebatan dalam pergaulan
1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.
8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.


washed away 6:41:00 pm* -0-

..jangan ada benci di hati..
Jangan Ada Benci

Di HatiRamai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

Kaedah Mengikis Benci

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.


washed away 6:39:00 pm* -0-

PERTANYAAN UNTUK CINTA?
Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?

Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?

Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?

Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?

Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?

Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?

Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?

ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian,

ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian,

ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?

ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?

ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?

ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?

Yang demikian itulah namanya CINTA.

"Life without friendship is like the sky without sun"

Apabila nafsu dikuasai syaitan, insan menjadi haiwan dan jiwa mulai akan tertekan. Di sini teman diperlukan untuk berkongsi pengalaman, disini..

article ini dipetik oleh seorang sahabat bernama *Hanya_Joe*


washed away 6:19:00 pm* -0-