Friday, June 24, 2005

drawing me...

Image hosted by Photobucket.com


- ma drawing face -


washed away 5:45:00 pm* -0-

kisah malam pertama si Amat
- JANJI ALLAH S.W.T -

Seorang lelaki bernama Amat yang baru saja menjalani malam pertama bersama isteri barunya, menceritakan tentang kemusykilannya kepada seorang sahabatnya, Mohd Jamil.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Amat.

"Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Maksud kau? Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Mohd Jamil ingin tahu.

"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan?."

"Ha'ah. Tapi bukan ke kau kata dah insaf dah, nak taubat selepas berkahwin?"

"Memang la. Tapi aku tersilap buat something semalam."

"Ye ke? Apa yang kau dah buat?"

"Kau tau, masa malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, dalam keadaan mamai, tanpa sengaja aku memberikan wang RM100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau??!" Mohd Jamil terperanjat.

"Bukan aku sengaja! Dah benda nak terjadi, nak buat macamana.." jawab Amat dengan muka mencuka.

"Habis, bagaimana? Isteri kau marah ke?"

"Itulah masalahnya," Amat menjawab.

"Dalam keadaan separuh sedar dia menjawab, 'Terima Kasih Bang, datang lagi ya'...!"

Moral cerita =)
Lelaki yang baik hanyalah untuk perempuan yang baik. Begitu juga sebaliknya. Dengan itu, jadilah seorang lelaki dan perempuan yang terbaik, kalau nak jodoh yang baik... insyaallah.. inilah janji ALLAH S.W.T...


washed away 4:45:00 pm* -0-

lelaki idaman setiap wanita
Lelaki idaman saya adalah...
Seorang lelaki yang beriman...
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah...
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam...
Yang sentiasa haus dengan ilmu...
Yang sentiasa dahaga akan pahala...
Yang solatnya adalah maruah dirinya...
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar...
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu...
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah...

Lelaki idaman saya adalah...
Lelaki yang menjaga tuturkatanya...
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya...
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya...
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang...
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang...

Lelaki idaman saya adalah...
Lelaki yang menghormati ibunya...
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga...
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam...
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan...
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat...

Lelaki idaman saya...
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam...
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah...
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara...
Yang menjaga matanya dari berbelanja...
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya...

Lelaki idaman saya...
Tidak pernah membazirkan masa...
Matanya kepenatan kerana penat membaca...
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir...
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan...
Bangunnya subuh penuh kecergasan...
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan...

Lelaki idaman saya...
Sentiasa mengingati mati...
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat...
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga...
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik...
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian...

Lelaki idaman saya adalah...
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia...
Kerana dia mengimpikan syurga...
Di situlah rumah idamannya...
Dan dia ingin membawa saya bersama...
Dialah lelaki idaman saya...

p/s: adekah lelaki seperti ini skrg??
wallah hu alam bisaawabb'..


washed away 4:37:00 pm* -0-

ketenangan jiwa
TAUHID

memberikan ketenangan dan kedamaian didalam jiwa manusia yang beriman.
Jiwa itu tidak akan dimasuki oleh tindakan kesewenangan yang telah merasuki dan menguasai orang-orang musyrik.
Dia menutup pintu ketakutan yang telah dibuka oleh manusia itu sendiri.
Takut tentang rizki, ketakutan terhadap ajal, ketakutan terhadap diri sendiri, keluarga dan anak, ketakutan dari manusia lain, ketakutan dari jin, ketakutan dari kematian dan kebangkitan kembali setelah kematian.
Dalam kaitan itu Al Qur'an mengungkapkan sebuah dialog antara Nabi Ibrahim dengan kaumnya yang musyrik.
Yaitu ketika mereka menakut-nakutinya dengan berhala-berhala dan tuhan-tuhan bathil, yang kemudian dijawab oleh Nabi Ibrahim as. dengan ucapan yang mengagumkan :"Bagaimana ana takut kepada sembahan-sembahan yang kamu persekutukan(dengan Allah), padahal kamu tidak takut mempersekutukan Allah dengan sembahan-sembahan yang Allah sendiri tidak menurunkan hujjah kepadamu untuk mempersekutukan-Nya.
Maka manakah diantara dua golongan itu yang lebih berhak mendapat keamanan (dari malapetaka), jika kamu mengetahui?"(QS. Al An'am : 81)

Kemudian Allah menjelaskan tentang siapa di antara dua golongan yang mendapat keamanan, yaitu"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman(syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk." (QS. Al An'am : 82)

Keamanan yang didapati oleh orang-orang yang beriman itu memancar dari dalam jiwa mereka, bukan dari pengawalan polis. Itu adalah keamanan dunia.
Sedangkan keamanan di akhirat akan lebih besar dankekal.
Karena mereka mengikhlaskan seluruh amal perbuatan untuk Allah dan tidak mengotori ketauhi dan dengan noda-noda syirik.
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Ibnu Mas'udra. yang berkata :Ketika turun ayat "Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman", kami bertanya kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, siapakah diantara kami yang tidak menzalimi dirinya?"Dijawab oleh beliau, "Bukan sebagaimana yang kamu katakan. Tidakkah kamu mendengar kata-kata Luqman kepada anaknya : "Hai anakku janganlah engkau mempersekutukan Allah karena sesungguhnya syirik(mempersekutukan Allah) itu adalah kezaliman yang sangat besar." (QS. Luqman : 13)

Maka kalimat 'tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman', ialah karena mereka mengikhlaskan agama mereka hanya untuk Allah dan tidak menodai kejadiannya dengan kemusyrikan.


washed away 12:20:00 pm* -0-