Monday, June 20, 2005

kenapa kita diuji?
Kita sering diuji dalam kehidupan kita ini. Namun tahukah mengapa kita diuji. Manusia diuji oleh ALLAH untuk mendidik jiwa mereka agar tabah dalam menghadapi setiap dugaan yang mendatang. Manusia pula menguji untuk mengetahui sejauh mana kekuatan atau kebolehan mereka terhadap sesuatu perkara. Mari kita sama-sama renungkan ayat yang telah Allah turunkan tentang ujian dalam kehidupan kita sebagai hambaNYA agar bertambah ketaqwaan dan keimanan kita.

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -SurahAl-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -SurahAl-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -SurahAt-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"...dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."-Surah Yusuf ayat 12


washed away 1:35:00 pm* -0-

hati dan perasaan
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ia datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar didalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. (They say it takes a minute to find a special person, and hour to appreciate them, but then an entire life to forget them).

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah sesuatu yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah kemana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis."Belajarlah, kerana tak ada seorang pun yang dilahirkan dalam keadaan pandai, dan tidaklah orang yang berilmu itu sama seperti orang yang jahil/bodoh"


washed away 1:26:00 pm* -0-

zikir bersih hati
Firman Allah SWT maksudnya,
Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut AllahSWT,
maka Allah SWT telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar(Al-Ahzab : 35)

Dari Rasulullah saw,
Sesiapa yang mengucapkan Subhanallah Hilazimi Wabihamdih maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga. (H.R. Muslim)

1) Mereka yang berzikir akan mendapat keredhaan Allah SWT dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.

2) Zikir akan menimbulkan kejernihan, kemanisanpada hati dan wajah.

3) Mereka yang berzikir akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah SWT serta dimurahkan rezekinya.

4) Individu yang berzikir akan dapat merasakan betapa besar, agong, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah SWT.

5) Insan yang berzikir akan segera mendapat pembelaan daripada Allah SWT bila mereka berada dalam kesusahan dan kedukaan.

6) Insan yang berzikir juga akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.

7) Mereka yang berzikir akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak dia berzikir maka makin banyaklah pohon-pohon tamar itu untuknya.

8) Insan yang berzikir akan mendapat nur (cahaya) dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga titisan sirat nanti.

9) Insan yang berzikir akan membina rumah dan juga istana di dalam syurga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.

10) Zikir dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahanam.

11) Zikir dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT untuk membuka pintu segala kebaikan.

12) Zikir dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.

13) Zikir dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hatinya.

14) Zikir dapat membersihkan hati daripada segala jenis kekotoran dan juga penyakit.

15) Zikir dapat menghapuskan dosa-dosa serta maksiat kecil.

16) Zikir dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu dari sifat munafik.

17) Apabila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya dia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.

18) Orang yang berzikir akan sentiasa diingati oleh Allah SWT seperti dalam firmanNya, Ingatlah kamu kepadaKu, maka Aku akan mengigatimu.


washed away 1:17:00 pm* -0-

hindari kegelisahan anda
Pada suatu hari,
seorang lelaki mendatangi seorang sahabat yg bernama Abdullah ibnu Masu'd.
Lelaki itu berkata kpd Abdullah ibnu Masu'd:"Wahai ibnu Masu'd,
nasihatilah aku dgn sesuatu yg dpt meredakan kegelisahanku.
Buat masa ini,
jiwaku tidak tenteram,
fikiranku kusut,
tidurku tidak nyenyakdan seleraku hilang.

"Lalu Abdullah ibnu Masu'd menjawab:"Bawalah hatimumengunjungi tiga tmpt.

Pertama;
ke tmpt org membaca al-Quran tidak kirasama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadarmendengar pembacaan org lain.

Kedua;
kamu menghadiri majlis pengajian ygmengingatkan kamu kpd Allah.

Ketiga;
kamu mencari satu waktu yg sunyi,
contohnya di waktu mlm dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kpd Allah serta memohon kpdNya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kpdmu.

Jika slps melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteran,
mintalah kpd Allah agar digantikan hatimu dgn hati yg lain krn hati yg kamu miliki skrg ini bukan hatimu.
"Stlh mendengar nasihat Abdullah ibnu Masu'd,
lelaki itu pun kembali ke rumahnya.
Beliau terus berwuduk dan membaca al-Quran dgn penuh khusyuk.
Selesai membaca al-Quran,
dia mendapati jiwanya berubah menjadi tenang,
fikirannya menjadi jernih dan kegelisahannya hilang sama sekali.

Wallahua'lam.


washed away 1:12:00 pm* -0-