Sunday, December 03, 2006
Aku Memang Pencinta Wanita?? Renungkanlah...

Engkau-Kah Pencinta Wanita?
As-Salaa mu ‘Alaikum...
Em, semalam semasa aku balik dari
library, ketika sampai sahaja di rumah
sewa kawanku. Aku terpandang dan
terdengar sebuah klip video lagu ‘aku
memang pencinta wanita... namun ku bukan
buaya... aku memang pencinta wanita... yang
lembut seperti dia... bla, bla, & bla
lagi..’ huhu, aku pun terlayan lah
sekali… em, yap sampai habis.
Selepas je habis lagu tu, aku terus
terbaring. Fikiran terus melawang
memikirkan beberapa rangkap lagu tadi.
Em, Setakat manakah kau mencintai
wanita? Kalau difikir-fikirkan dan
diteliti daripada klip video tu, aku
confius sangat-sangat. Adakah wanita
yang macam tu kau nak cintai bagai nak
rak... kalau aku, rasanya kau patut
rasa kasihan atau pun simpati, tapi
bukan mencintai.
Memang patut kita kasihankan wanita
yang macam tu. Kerana, di samping si
lelaki-lelaki yang memakai baju yang
penuh bergaya... em, bergaya ker? Boleh
la juga dikata bergaya, em, kira
pakaian yang ok la... (compare dengan
si wanitanya) si wanitanya pulak
memakai pakaian yang aduhai... terkoyak
sana dan sini. Terabak di bawah dan
terlondeh di atas. Tu yang aku kasihan
tu. Then, tayang sana, tayang sini...
huhu, malu aku nak mencintai wanita
sepertinya...
Begitu murah harga badannya untuk
ditayang dan dieksploitasi ke sana dan
ke mari. Bagi aku, wanita macam tu
sebenarnya dah tak ada harga dah.
Senang sangat untuk tengok aurat-nya.
Free jer kan...
Then, aku terus termenung
memikirkan... ‘macam sama je gambaran
dengan wanita-wanita jahiliyyah ketika
sebelum kedatangan Islam’. Yang mana
menurut Imam Mujahid (dalam menafsirkan
ayat ke-33 surah al-Ahzaab), “Suatu
ketika dahulu, golongan wanita berjalan
di hadapan lelaki (tanpa segan silu).
Then, Imam Qatada pula berkata, “Suatu
ketika dahulu, kaum wanita berjalan di
hadapan lelaki dengan gaya yang
menghairahkan.
Huhu, menakutkan. Wanita sekarang
semakin mencintai kejahilan (dalam ber-
agama). Ingin kembali kepada dunia
jahiliyyah. Mereka dah mula menolak
kemurnian dan kesempurnaan. Mana
tidaknya... di kala lelaki berpakaian
elok-elok menutup seluruh badan dan
tubuhnya, tiba-tiba si perempuannya
berpakaian ‘pelik’. Pelik... kerana
dibuka sana dan sini. Macam manusia
sakai (purba), cuma berbeza pada
textile tapi gaya (fesyen) tetap sama.
Hanya ditutup pada sebahagian bahagian
tubuh tertentu sahaja. Manakala
sebahagian bahagian lain dibuka untuk
tanyangan umum (U) dan tanpa sensor.
Aku terus melawang dan berfikir, di
kala zaman awal kedatangan Islam, Islam
turut datang dengan syariat untuk
menyelamatkan wanita di zaman
jahiliyyah ketika itu. Di kala bayi-
bayi perempuan yang baru lahir dibunuh
sesuka hati (berdasarkan adat mereka),
Islam datang menegah supaya jangan
dibunuh bayi yang tiada dosa itu.
(Boleh rujuk Surah at-Takwiir (81): 8-
9).
Dan di kala wanitanya dijadikan bahan
pemuas nafsu semata-semata, Islam
datang melindungi wanita dengan
syariatnya yang syumul. Wanita bukan
lagi simbol seks dan barangan
eksploitasi mainan lelaki. Wanita
dilindungi dengan pakaian yang baik-
baik. Wanita dilindungi dengan jilbab
dan kain tudung. Wanita dicintai dengan
cara yang sebaik-baiknya. Wanita
diberikan ilmu dan ruang untuk membina
peribadi yang unggul. Wanita menjadi
pembimbing (pengasuh) utama dalam
membina dan melahirkan generasi manusia
cemerlang dalam pelbagai bidang. (Rujuk
Surah an-Nuur (24): 31, al-Ahzaab (33):
59), (al-Hujuuraat (49): 13), (at-
Taubah (9): 71).
Ia sungguh memperlihatkan kepada kita
betapa hebatnya impact kedatangan Islam
ke tanah arab pada masa itu. Daripada
wanita yang dianggap tidak punya nilai,
Islam datang menjadikan wanita aset
insani (modal insanlah kiranya) yang
sangat tinggi nilai dan martabatnya di
dalam dunia yang sedang membina
tamadun. Islam memperjuangkan hak
kesamarataan tanpa mengira lelaki dan
wanita, Islam mementingkan aspek taqwa
dan keimanan. (Rujuk Surah al-Hujuuraat
(49): 13)
Namun, kini... apa dah jadi ni... para
wanita dah lupa semua sejarah-sejarah
tu ke? Atau tak ambil tahu langsung?
Mereka lebih enak dibuai kejahilan dan
nafsu buas bersama si lelaki sampah.
Em... carilah lelaki yang baik-baik...
Aduhai wanita, marilah bangkit semula
dan berpegang kepada perundangan Islam
yang sangat sempurna bagi tujuan
membina peribadi–mu... peribadi seorang
muslimah sejati. Bagi meraih keredhaan
yang hakiki... keredhaan Ilahi.
Jagailah dirimu... suatu aset yang amat
tinggi nilainya. Jika engkau sendiri
yang tidak menjaga dirimu dan tidak
memperhiasi dirimu dengan akhlak
Islami... siapakah lagi yang akan
bertanggungjawab melindungi-mu dari
segala ancaman buas nafsu duniawi yang
hanya memperdayakan ini.
Ingatlah, “Tiap-tiap yang berjiwa akan
merasakan mati. Dan sesungguhnya pada
hari kiamat sajalah disempurnakan
pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari
neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,
maka sungguh ia telah beruntung.
Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah
kesenangan yang memperdayakan.” (Ali
Imran, (3): 185)
Aduhai wanita, andainya dirimu habis
ternoda… maka itu adalah silapmu
sendiri kerana engkau yang alpa...
Renungilah maksud ayat ini;
“Maka janganlah kamu melunakkan
(mengghairahkan) dalam berbicara
sehingga berkeinginanlah orang yang ada
penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah
perkataan yang baik” (al-Ahzaab (33):
32)
“Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya
(pakaian yang menutup aurat dengan
baik) ke seluruh tubuh mereka." Yang
demikian itu supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal (pembeza keimanan –
muslimah), karena itu mereka tidak di-
ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.” (al-Ahzaab (33):
59)
Ayat ini menerangkan mesej yang sangat
jelas kenapa hari ini terlalu banyaknya
gejala buruk menimpa wanita.
Maka... jelaslah di sini siapa
sebenarnya ‘PENCINTA WANITA’ yang
hakiki. Iaitulah ALLAH melalui
syariatnya... Islam.
Dan, kepadamu lelaki... bukan semudah
yang disangka untuk memiliki wanita
(bukan hanya dengan cinta), perlulah
melalui perundangan yang sah. Bukan
main tibai jer... Jika benar anda
pencinta wanita, buktikan dengan
etikanya.
Em... wanita, jadilah wanita yang baik-
baik... demi masa depan anda!
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk
laki-laki yang keji, dan laki-laki yang
keji adalah buat wanita-wanita yang
keji (pula), dan wanita-wanita yang
baik adalah untuk laki-laki yang baik
dan laki-laki yang baik adalah untuk
wanita-wanita yang baik (pula).” (Surah
an-Nuur (24): 26)
Allahu ‘alam... (habis sudah ku
termenung...)
Brother Nawawi...
HP: +60126887715
YM: nawie83@yahoo.com
MSN: dimensi83@hotmail.com
http://groups.yahoo.com/group/PMH-UiTM
http://www.geocities.com/nawie83 (under
Re-Construction)
“...Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah
sama orang-orang yang mengetahui dengan
orang-orang yang tidak mengetahui?
Sesungguhnya orang-orang yang dapat
mengambil pelajaran dan peringatan
hanyalah orang-orang yang berakal
sempurna”. (Surah Zumar (30): 9)