Sunday, September 24, 2006

Antara Ramadhan & Syawal
Photobucket - Video and Image Hosting

Antara Ramadhan dan Syawal.

Ku bertanya pada diri.
Apakah erti menyambut syawal?
Jika dalam Ramadhan kita terleka,
Gagal merebut Rahmat yang melimpah,
Alpa dengan kesenangan dunia.

Antara Ramadhan dan Syawal.

Penuh Rahmat, penuh Berkat.
Perginya Ramadhan,
Kenapa kita Girang?
Adakah kerana datangnya Syawal?
Bersama kita menyambut kemenangan,
Benarkah kita sudah menang?
Layakkah kita mendabik dada?
Lantang menyahut takbir bergema,
Tanda Syawal sudah menjelma.

Padahal..
Ramadhan yang pergi tidak kita Sesali.

Layakkah kita berpakaian baru?
Sedangkan tiada pasti pakaian itu,
Di sana nanti mungkin dari Api.
Layakkah kita menerima juadah?
Sedangan tiada pasti makanan itu,
Di sana nanti mungkin dari Duri.

Sedar kita mungkin terlambat
Ramadhan sudah pergi
Dan kita pasti menanti
Selagi belum tertutup pintu taubat
Penuh janji penuh tekad
Sabar menunggu Ramadhan kembali
Moga bertemu bulan seribu Rahmat
Agar kita boleh kecapi lagi

Erti sebenar menyambut Syawal.
Salam Aidilfitri buat semua.
Maaf Zahir batin dari diri ini.
Yang baik semuanya dari Allah,
Yang tercemar itu kelemahan kita sendiri.


washed away 3:58:00 pm* -0-