Friday, August 11, 2006
Soal Dara Tidak Menjadi Penting Pada Remaja!

Hana hilang kesucian daranya pada usia 16 tahun. Hamil dan menggugurkan kandungannya 3 tahun kemudian dan pada usia pada 21 tahun kini, masih aktif melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya. Namun, Hana (bukan nama sebenar) bukan belia tercicir yang datang daripada keluarga berantakkan. Golongan yang sering dikaitkan dengan masalah keseksualan remaja.
Sebaliknya, Hana dan teman lelakinya merupakan mahasiswa tahun akhir di Universiti setempat. Keluarganya pula keluarga berpendapatan pertengahan. Kisah Hana menunjukkan isu keseksualan di kalangan remaja bukan hanya tertumpu pada keluarga berantakkan, bahkan turut menjejas keluarga lain. Ketika diminta mengulas tentang perangkaan tinggi remaja Melayu yang hamil, menjalani pengguguran dan dijangkiti penyakit kelamin, beberapa orang kaunselor berkata bahawa perubahan terhadap nilai hidup, kegagalan kaum bapa melaksanakan tanggungjawab sebagai ayah dan masalah sosio ekonomi merupakan antara penyumbang utama.
Ini diburukkan lagi dengan pengaruh bahan-bahan lucah yang mudah diperolehi dari Internet, rumah yang dijadikan persinggahan bagi mereka memuaskan hawa Nafsu dan perbuatan remaja yang berpacaran pada usia yang semakin muda. Sekitar 20 tahun dulu, ramai yang masih mementingkan isu darah tetapi kini, remaja berpegang kepada falsafah ' berani buat asalkan tak mengandung '. Mereka mula berpacaran pada usia lebih muda, sekitar usia 9 hingga 10 tahun. Remaja juga semakin terdedah kepada filem-filem lucah, yang diperolehi menerusi Internet, cakera padat dan telefon bimbit. Dan mereka semakin berani membawa teman lelaki atau wanita menjadikan rumah tempat memuaskan Nafsu, kerana semakin ramai ibu bapa yang keluar bekerja.
Perangkaan Kementerian Kesihatan (MOH) menunjukkan kira-kira 600 belia antara 10 tahun dengan 19 tahun kini dijangkiti penyakit kelamin, dengan hampir separuh merupakan belia Melayu. Selain daripada itu, 417 belia Melayu dibawa usia 19 tahun telah menjadi ibu, manakala 434 remaja Melayu menjalani pengguguran dalam tempoh yang sama. Nauzubillahi `Minzaliq. Pakar kaunselor dan pakar motivasi pula berkata masalah itu bertambah runcing kerana kedudukkan sosio ekonomi masyarakat Melayu yang lemah "Ini menyebabkan ramai ibu bapa yang terpaksa bekerja siang dan malam hingga mengabaikan anak-anak mereka. Bagi keluarga Melayu yang berantakkan pula, kebanyakkannya 'hilang' bapa yang sesetengahnya meringkuk di penjara, berpeleseran di BATAM, atau terus mengabaikan tanggungjawab mereka. Akibatnya, institusi keluarga kurang mempunyai contoh teladan yang baik dan remaja wanita khususnya memburu kasih sayang di luar, malangnya mereka sering tersalah pilih.
Contoh Kes No. 1:
Lina, 17 tahun masih menuntut di Institut Pendidikkan Teknikal (ITE) dan mempunyai seorang teman lelaki yang KAKI PUKUL. Hubungan mereka menjalin selama setahun tetapi ibu Lina membantah hubungan tersebut. Di peringkat awal hubungan, ibunya melihat ada tanda-tanda lebam pada badan Lina, namun pelajar tahun kedua ITE itu membuat alasan beliau terjatuh. Tetapi, apa yang tidak diketahui ibunya ialah Lina kerap mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya, yang berusia 21 tahun. Teman lelakinya mempunyai Nafsu tinggi dan jika Lina enggan mengadakan hubungan seks, beliau akan dipukul. Remaja itu juga pernah merakamkan salah satu adegan seks mereka tanpa pengetahuan Lina. Astarghfirullah `Halazim. Pada suatu hari, Lina mendapat tahu yang dirinya hamil, teman lelakinya berkeras agar kandungan itu digugurkan namun, oleh kerana teman lelaki itu tidak mempunyai wang untuk membolehkan Lina menjalani pengguguran, beliau telah melakukan sesuatu yang tidak dijangka- memukul Lina dengan tujuan dapat menggugurkan kandungan tersebut. Nauzubillahi `Minzaliq. Akibat lebam-lebam di muka dan di mata, ibu Lina melarang anaknya dari menemui teman lelakinya dan masalah kehamilan itu terdedah.
Contoh Kes No. 2:
Ros, 14 tahun pelajar menengah 3, di sebuah sekolah jiranan baru sahaja menjalani sesi pengguguran. Dia mengaku dia kerap mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya di flat-flat kosong (HDB) yang masih dalam pembinaan atau pun di kaki-kaki tangga flat. Menurutnya, ini adalah kali pertama beliau menghadapi kehamilan setelah beberapa lama menikmati hubungan seks dengan teman lelakinya, yang berusia 16 tahun. Kehamilannya mula diketahui setelah guru-gurunya mendapati adanya perbezaan pada dirinya. Ibu bapa gadis itu dimaklumkan tentang keadaannya dan diminta agar menjalani pemeriksaan doktor. Pemeriksaan itu menunjukkan dia mengandung 3 bulan sebelum digugurkan. Menyedari akan masalah berat yang dihadapinya, teman lelaki gadis itu lari menghilangkan diri.
Contoh Kes No. 3:
Ayu, 27 tahun (dah tua ganyut tak sedar diri) mempunyai 4 orang anak luar nikah berusia antara 2 dengan 8 tahun. Anak-anak itu, hasil daripada hubungannya dengan 3 lelaki. Beliau bekerja sebagai pelayan kelab malam dan mengaku suka mengadakan hubungan seks kerana beliau memperoleh wang daripadanya. Bahkan, Ayu mendakwa melakukan seks secara maraton- dari malam hingga pagi- melakukannya antara 3 hingga 4 pusingan setiap melakukannya. Ish..ish..ish..sungguh tidak aku sangkakan begitu rendah MARUAH KAMU wahai WANITA!! Sejauh ini, dia telah menjalani 3 pengguguran walaupun beliau pernah mengalami jangkitan kelamin, dia masih belum serik dan masih tetap melakukan seks tanpa sembarang pencegahan. Dia kini, dihalau keluarga dan sehingga kini belum mempunyai niat untuk berumah tangga.
PENGALAMAN SEKSUAL SEORANG MAHASISWA.Hana pertama kali mengadakan hubungan seks sewaktu di menengah 4 dan sedang menunggu untuk memasuki sebuah makhtab rendah. "Pada waktu itu, saya fikir apa yang saya lakukan adalah betul kerana saya tidak pernah melihat isu hilang darah sebagai sesuatu yang penting, walaupun saya sedar kesan daripada tindakkan saya itu." Kata anak sulung 4 beradik yang kini mahasiswa tahun akhir sebuah Universiti setempat. Untuk mengelakkan kehamilan, Hana mengambil beberapa langkah pencegahan, termasuk mengambil suntikan hormon namun ia gagal beliau daripada hamil. "Selepas mendapati saya mengandung, saya memutuskan untuk menggugurkan janin saya, yang pada waktu itu berusia satu setengah bulan." Beliau berkata kos pengguguran janin yang berjumlah $600 itu dikongsi bersama teman lelakinya. Bapa Hana, yang merupakan seorang jurutera dan ibunya, suri rumah, tidak tahu mengenai pengguguran tersebut. Menceritakan lebih lanjut pengalaman seksualnya itu, Hana mengaku mempunyai 5 rakan seks. Astarghfirullah`Halazim. (Murah betol kau jadi perempuan eh?) Dengan 2 daripadanya adalah teman lelakinya. Menurutnya, beliau sering mengadakan seks di rumahnya. Astarghfirullah`Halazim. (Rumah kau buat mcm Motel?? Tunggu jelah azab!!) Rumah teman lelakinya, tempat-tempat awam, (Dah jadi mcm haiwan pula.. tkde rase malu???) di Universiti dan juga di Hotel. Apabila mereka pergi melancong bersama "Dengan teman lelaki saya sekarang, saya sering mengadakan hubungan itu 3 hingga 5 kali seminggu, (Kau ni sebenarnye perempuan Islam ke bukan????!!!) teman lelaki saya juga berfikiran terbuka dan pernah mengadakan hubungan itu sebelum berjumpa dengan saya."
Myself
NAME:
AGE:
D.O.B:
Favourites
bla bla
bla bla bla
bla bla bla bla
tag ME
insert your
tag board code
My history
Thursday, April 07Friday, April 08Wednesday, April 13Wednesday, April 20Monday, May 02Tuesday, May 03Friday, May 06Saturday, May 07Saturday, May 14Saturday, May 21Friday, June 10Saturday, June 11Sunday, June 12Tuesday, June 14Friday, June 17Monday, June 20Friday, June 24Saturday, June 25Wednesday, June 29Saturday, July 02Thursday, July 07Monday, July 25Tuesday, July 26Saturday, August 06Tuesday, August 09Monday, August 29Wednesday, August 31Monday, September 05Wednesday, September 07Sunday, September 11Thursday, September 15Thursday, October 27Saturday, April 29Tuesday, May 02Monday, May 08Wednesday, May 10Monday, May 15Sunday, June 04Wednesday, June 07Thursday, June 08Saturday, June 10Wednesday, June 14Sunday, June 18Thursday, June 22Friday, August 11Tuesday, August 22Sunday, August 27Thursday, August 31Sunday, September 24Sunday, October 01Sunday, December 03
My friends