Wednesday, June 14, 2006
..:: Point Of No R E T U R N ::..

Ramai suka cerita JEPUN tetapi aku BENCI! Sejak moyang aku makan ubi kayu sampai sekarang JEPUN sokong AMERIKA serang IRAQ, dia ibarat SYAITAN, MUSUH yang PALING NYATA!
Selepas drama Return Of Cuckoo, ini kali kedua mereka digandingkan bersama (kalau tk silaplah). Sebenarnya, aku agak suka tengok mereka digandingkan bersama... mereka nampak agak sesuai... cuma aku tk berapa gemar dengan watak Charmaine dalam citer ni yang agak garang. Kalau nak diikutkan, dia ader juga melakonkan watak2 gadis lembut tapi watak2 gadis garang ni macam lebih melekat dalam ingatan aku... entah kenapa pengarah suker bg watak garang pada dia.... and Julian, mungkin sebab wajah dia yang babyface membuatkan dia sesuai untuk memegang watak remaja... tapi aku juga tak berapa suka watak dia dalam cerita ni namun aku akui yang cerita ini menarik, mencuit hati aku dan memang mengharukan...Kisah ini diceritakan tentang dua generasi keluarga chow... tentang bapanya, Chow Ming Hin dan anaknya, Chow Tin Ci. Keluarga mereka menjalankan perniagaan kapal. Mig Hin amat dedikasi dalam menguruskan perniagaan mereka. Dia amat tegas dalam soal perniagaan dan juga keluarga. Boleh dikatakan, dia amat berkuasa dan membuat semua keputusan samada tentang perniagaan atau keluarga walaupun ibu bapanya dan pakcik-pakciknya tinggal dean bekerja bersama. Dia amat tertekan dengan sikap ahli keluarganya yang sering mengganggu urusan perniagaannya dan ditambah dengan masalah keluarga. Masing2 bersikap pentingkan diri. Pada masa yang sama, Ming Hin amat rapat dengan Ng Yuk Hing... orang gaji keluarga mereka yang sering membantu dia dalam apa keadaan pun. Dalam diam2, cinta berputik antara mereka ni.Tin Ci pula anak muda yang nakal dan boros. Dia tak pernah menghargai kekayaan yang dia ada sebaliknya sering berlagak dengan kekayaan bapanya itu dan membuli orang lain. Pertemuan dengan Ho Sheung Hei, gadis miskin yang mana keluarganya bekerja sebagai pembersih najis bagai bertemu buku dengan ruas. Sheung Hei tak pernah tunduk dengan kenakalan Tin Ci sebaliknya berusaha menentang pemuda itu dan membela dirinya sendiri. Lama-kelamaan, cinta pun berputik antara mereka tapi ditentang oleh keluarga Tin Ci.Masalah berlanjutan apabila perniagaan mereka menghadapi masalah malah Ming Hin juga menghadapi masalah kesihatan yang serius. Ming Hin berusaha menyelamatkan perniagaannya dan berusaha melatih Tin Ci agar dapat mewarisi perniagaan mereka tapi Tin Ci yang tak bersikap matang sering merisaukan dia. Akhirnya, sebelum meninggal dunia dia telah mengahwini Yuk Hing walaupun dibantah oleh keluarga terutama isterinya. Yuk Hing telah berjanji untuk menjaga perniagaan mereka dan melatih Tin Ci agar dia bersikap matang. Hidup Yuk Hing memang susah setelah kematian suaminya kerana ahli keluarga yang tidak menyukainya dan masalah di tempat kerja.Tin Ci dan Sheung Hei menghadapi rintangan apabila keluarga Tin Ci berusaha memisahkan mereka. Atas sebab salah faham, Sheung Hei akhirnya minta berpisah juga. Atas pertolongan teman baiknya, Bik Kei dan Yuk Hing, Tin Ci mulai berubah dan belajar menjadi matang. Namun dia kecewa bila mendapat tahu yang Sheung Hei sudah mempunyai teman baru....Sementara itu, Yuk Hing juga menghadapi masalah bila abangnya cuba mengambil kesempatan untuk mengambil alih perniagaan keluarga Chow dan dia pula menghadapi masalah dengan kandungannya. Dia kecewa apabila melihat ahli keluarganya tidak mempercayai dia dan Tin Ci pula terlalu emosi dengan masalah cintanya. Dia lalu mengambil keputusan tekad....Nak tahu apa yang terjadi pada diorang akhirnya, baik tgk sendiri... ok?
Myself
NAME:
AGE:
D.O.B:
Favourites
bla bla
bla bla bla
bla bla bla bla
tag ME
insert your
tag board code
My history
Thursday, April 07Friday, April 08Wednesday, April 13Wednesday, April 20Monday, May 02Tuesday, May 03Friday, May 06Saturday, May 07Saturday, May 14Saturday, May 21Friday, June 10Saturday, June 11Sunday, June 12Tuesday, June 14Friday, June 17Monday, June 20Friday, June 24Saturday, June 25Wednesday, June 29Saturday, July 02Thursday, July 07Monday, July 25Tuesday, July 26Saturday, August 06Tuesday, August 09Monday, August 29Wednesday, August 31Monday, September 05Wednesday, September 07Sunday, September 11Thursday, September 15Thursday, October 27Saturday, April 29Tuesday, May 02Monday, May 08Wednesday, May 10Monday, May 15Sunday, June 04Wednesday, June 07Thursday, June 08Saturday, June 10Wednesday, June 14Sunday, June 18Thursday, June 22Friday, August 11Tuesday, August 22Sunday, August 27Thursday, August 31Sunday, September 24Sunday, October 01Sunday, December 03
My friends