Sunday, June 18, 2006
Luahan Hati Ku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Hari berganti hari..
Namun aku rasa diri ini tetap sama seperti dahulu..
Susah untuk diri ku huraikan kata-kata..
Untuk mengambarkan kehidupan ku ini..
Aku sering ditanya oleh teman-teman di sekolah..
Mahu pun teman-teman di luar..
Apakah kehidupan ku ini tidak membosankan?
Jawapan ku ada yang mengatakan Ya dan Tidak..
Tetapi aku tidak pernah lupa..
Untuk memesan mereka supaya berisghtifar kepadaNya..
Kerana aku pasti dan aku ketahui..
Datangnya kebosanan itu adalah sebab-sebab..
Merasakan kesunyian dan kerinduan akan sesuatu..
Yang tidak aku mengerti apa lagi memikirkannya..
Teman-teman ku sering mengajak diri ku ini membeli-belah..
Agar dapat menghilangkan rasa tekanan atau lebih senang rasa kebosanan..
Dengan berjalan di Mall atau menghabiskan masa..
Dengan menonton wayang dan membuang masa..
Berlegar-legar di mana-mana pusat membeli-belah..
Pernah ketika dahulu aku mengikut cara hidup mereka..
Namun tidak secebis ketenangan yang aku terima..
Malah keresahan dan semakin hari semakin bosan..
Kadang kala aku rasa amat bosan hidup dalam kemewahan..
Seperti cara kehidupan remaja kini..
Tidak aku nafikan, hidup ku ini lebih dari sempurna..
Apa yang ku inginkan, pasti ku dapati..
Hanya perlu bersuara..
Hanya perlu bertanya..
Kepada kedua orang tua ku yang sangat menyayangi ku..
Aku tidak rasa kekurangan untuk dibandingkan diri ini..
Bersama teman-teman di sekolah..
Mahu pun di luar..
Mereka seperti ku..
Sama dan serupa..
Apa yang aku ada, begitu juga diri mereka..
Tetapi aku tidak inginkan itu semua lagi..
Kini, di usia ku 17 tahun..
Aku ingin sekali mengubah cara hidup ku yang telah berlalu..
Ingin sekali aku menjadi seorang wanita yang..
Memahami apa itu kehidupan yang sebenarnya..
Apa itu erti cinta yang Hakiki..
Apa itu makna kerinduan yang amat Terdalam..
Apa itu maksud persahabatan yang Ikhlas lagi Bermakna..
Aku ingin sekali mengenali diri ini lebih mendalam..
Sesungguhnya aku tetap aku..
Aku sedih melihat saudara Islam ku yang sedang berjuang demi..
Menegakkan agama Islam, agamaMu Ya Allah..
Sedangkan orang ramai sedang berseronok bersekang mata..
Menghala ke Televisyen..
Menunggu Piala Bola tahun ini ditontonkan..
Tidak kira waktu..
Tidak kira jam..
Tidak kira detik..
Di mana remaja-remaja sekarang bergembira dengan..
Trend masa kini..
Hit terkini..
Mana yang berkasih, berasmara, bercumbu dan berseronokkan..
Sehinggakan lupa dunia yang dipijak ini milikNya jua?..
Dan mereka juga lupa hidup di dunia ini untuk apa?..
Mereka lupa diri mereka siapa..
Mereka lupa kehidupan mereka masih tetap berlandaskan agama..
Mereka lupa, lupa dan lupa sehinggakan sanggup menggadai mahkota diri..
Yang tidak dibayar..
Yang tidak dihargai oleh sesiapa pun yang melihat..
Dan yang mengetahui..
Lalu,
Mereka masih melakukan kejijikan itu..
Aku sedih..
Aku menangis..
Aku rasa begitu terluka..
Dengan kehidupan manusia sedunia..
Sesungguhnya di hati mereka cuma tertampal aqidah sahaja..
Tetapi keseluruhannya..
Cara hidup keislaman..
Sudah lama mereka tinggalkan..
Islam hanya pada Nama sahaja..
Ya Allah..
Hamba akui..
Dan hamba jua amat takuti..
Akan azab yang datang dariMu..
Janganlah diri hamba ini termasuk..
Dalam umat yang sangat kau murkai..
Ampunilah diri ku ini Ya Allah..
Hamba juga tahu,
Akan dosa-dosa serta kelalaian yang hamba lakukan..
Dengan sengaja mahu pun tidak..
Hamba tahu,
Hamba tiada daya dan upaya..
Melainkan dengan kekuasaanMu..
Terhadap diri hamba ini Ya Allah..
Maka dengan itu..
Hamba mohon kepadaMu..
Berikanlah hamba perlindunganMu..
Tunjukilah hamba ke jalan yang benar..
Jalan yang diredhaiMu..
Jalan yang Hakiki..
Jalan yang lurus..
Dan bukan jalan yang dimurkaiMu..
Ya Allah..
Hamba juga merasa amat sedih..
Dengan kehidupan muslimah di masa kini..
Muslimah zaman terkini..
Iaitu saudara ku,
Kaum ku juga..
Sedarlah dikau..
Dirimu satu masa dahulu..
Amat dihormati..
Maruah dan harga dirimu..
Amat disanjungi..
Tetapi kenapakah..
Dengan mudah kau sendiri yang..
Merendahkan harga dirimu itu??..
Setiap kali aku terpandang..
Gelak tawamu itu tanpa merasa malu..
Cara hidupmu,
Walaupun engkau telah menutupi auratmu..
Tetapi tidak ubah seperti wanita liar..
Cuma perbezaannya ialah engkau hanya menutup aurat..
Sedarlah dikau..
Bangkitlah dari lamunan..
Bahawasanya engkau telah pun menipu dirimu sendiri..
Tidakkah dirimu tahu..
Yang dikau adalah Muslimah..
Yang telah pun menutup auratmu itu..
Tetapi..
Dimanakah terletaknya kesopanan dirimu??..
Setelah kau mematuhi perintah Allah yang satu ini..
Dengan menutupi auratmu..
Ikhlaskanlah hatimu..
Dan hadirkanlah imanmu yang teguh..
Sesungguhnya cinta yang selama ini engkau kejarkan..
Adalah semata-mata cinta nafsu dan keseronokkan..
Pecayalah bahawa cinta ini..
Tidak akan pernah membahagiakan dirimu..
Malah disebaliknya balaq yang menimpa dirimu jua..
Nauzubillahi Minzaliq..
Ketahuilah kamu wahai kaumku..
Cinta yang Hakiki hanya Cinta kepadaNya..
Myself
NAME:
AGE:
D.O.B:
Favourites
bla bla
bla bla bla
bla bla bla bla
tag ME
insert your
tag board code
My history
Thursday, April 07Friday, April 08Wednesday, April 13Wednesday, April 20Monday, May 02Tuesday, May 03Friday, May 06Saturday, May 07Saturday, May 14Saturday, May 21Friday, June 10Saturday, June 11Sunday, June 12Tuesday, June 14Friday, June 17Monday, June 20Friday, June 24Saturday, June 25Wednesday, June 29Saturday, July 02Thursday, July 07Monday, July 25Tuesday, July 26Saturday, August 06Tuesday, August 09Monday, August 29Wednesday, August 31Monday, September 05Wednesday, September 07Sunday, September 11Thursday, September 15Thursday, October 27Saturday, April 29Tuesday, May 02Monday, May 08Wednesday, May 10Monday, May 15Sunday, June 04Wednesday, June 07Thursday, June 08Saturday, June 10Wednesday, June 14Sunday, June 18Thursday, June 22Friday, August 11Tuesday, August 22Sunday, August 27Thursday, August 31Sunday, September 24Sunday, October 01Sunday, December 03
My friends