Wednesday, June 14, 2006
:: Hari Ini ::
Assalammualaikum Wr Wb..
Akhirnya aku dapat *update* blog aku kini. Hari berlalu pergi begitu sahaja. Masalah demi masalah mendatangi diri ini. Namun aku pasti setiap masalah punya penyelesaiannya. Walau apa pun aku bersyukur ke hadrat ILLAHI kerana diberi kekuatan dan kesihatan fizikal dan mental yang cukup untuk harungi segala liku-liku kehidupan ini. Semalam aku menghabiskan masa menolong mama membuat ukuran langsir untuk Hari Raya. Cepat bukan? Bukan apa, mamaku amat gembira dan terharu setelah dihadiahkan mesen jahit baru daripada seorang insan bernama suami. Ayahku telah menghadiahkannya sebuah mesen jahit yang baru kerana dia tahu mama suka menjahit. Dengan itu, mama mengambil kesempatan ini untuk menjahit langsir. Dia perlukan bantuan aku. Namun aku tidak mungkin akan mengecewakan mamaku yang ku sayangi. Aku telah memilih maroon sebagai warna langsir dan dikenakan pula dengan warna emas. Pada pandangan aku sendiri, memang cantik sekali sekiranya kita bijak menggunakan kreativiti mengenakan warna dengan perhiasan di rumah. Lagi pun, apa yang aku ketahui, mama mempunyai banyak koleksi Kristal dan Kayu di rumahnya. Oleh kerana itu aku memilih warna maroon sebagai langsir belakang dan warna emas sebagai langsir depan. Apa pun, aku yakin dan pasti pada hari itu, rumah ini akan berseri indah dan tergambarlah suasana rumahku yang penuh dengan keceriaan. Semalaman aku bukan sahaja berjalan dengan mama dan ayahku malah ada makcik Mas ku dan sepupu kesayanganku Fitrah Kamilah. Bukan main cantik sekali namanya. Mukanya pula ala-ala cina. Bijak dan cerdik orangnya. Bukan main gembira dia dapat berjalan-jalan dengan kami semua. Alhamdulillah, Allah S.w.t telah melindungi kita semua sewaktu pergi dan pulang ke rumah.
Pada hari sebelumnya, aku diundang di sebuah majlis perkahwinan sepupuku Muhammad Ibrahim. Beliau telah pun bernikah dengan gadis pilihan hatinya. Aku berdoa agar mereka berkekalan hingga ke syurga. Amiin. Datang sebagai jemputan, tanpa disangka jadi kendarat pula. Orang semakin ramai. Aku begitu gembira melakukan kerja sebagai kendarat. Berbagai-bagai karenah budak remaja yang tidak dapat aku elak. Biasalah. Remaja lelaki yang mana tidak reti mengacau insan bernama gadis atau perempuan? Itulah fitrah seorang insan bernama Lelaki. Aku menghadapinya dengan begitu tabah tetapi tetap dengan ketegasan. Mama sering pesan, jangan diri ini sampai di'CAP' gatal, miang atau murah. Dengan itu, di mana jua aku berada pesanan mama tidak aku lupa untuk bawa bersama di dalam hati dan akal fikiranku ini. Aku juga tidak ingin dianggap sedemikian rupa. Pada usia sebegini baru aku tahu kehidupan seorang Muslimah yang sebenar. Bukan senang untuk mengharungi setiap jalan untuk ke SyurgaMu namun dengan ketabahan dan kesabaran, akan aku tempuhinya jua. Aku tidak gentar!
Apa lagi yang inginku ceritakan? Esok, aku akan ke Woodlands Regional Library untuk mengulangkaji pelajaranku bersama kawan-kawan yang disayangi. Aku mengambil keputusan untuk mengulangkaji mata pelajaran PHYSICS. Aku bersyukur sangat-sangat mempunyai sahabat, teman, kawan yang sangat setia denganku. Mereka sanggup mengharungi kehidupan ini bersama denganku. Suka dan duka kita tetap bersama. Itulah sahabat yang setia lagi sejati. Syukran Jazillan ya sahabat, kerana sanggup menemaniku kemana jua ingin ku pergi. Mudah-mudahan kita akan menjejaki ke alam Kejayaan bersama-sama. Amiin.
Myself
NAME:
AGE:
D.O.B:
Favourites
bla bla
bla bla bla
bla bla bla bla
tag ME
insert your
tag board code
My history
Thursday, April 07Friday, April 08Wednesday, April 13Wednesday, April 20Monday, May 02Tuesday, May 03Friday, May 06Saturday, May 07Saturday, May 14Saturday, May 21Friday, June 10Saturday, June 11Sunday, June 12Tuesday, June 14Friday, June 17Monday, June 20Friday, June 24Saturday, June 25Wednesday, June 29Saturday, July 02Thursday, July 07Monday, July 25Tuesday, July 26Saturday, August 06Tuesday, August 09Monday, August 29Wednesday, August 31Monday, September 05Wednesday, September 07Sunday, September 11Thursday, September 15Thursday, October 27Saturday, April 29Tuesday, May 02Monday, May 08Wednesday, May 10Monday, May 15Sunday, June 04Wednesday, June 07Thursday, June 08Saturday, June 10Wednesday, June 14Sunday, June 18Thursday, June 22Friday, August 11Tuesday, August 22Sunday, August 27Thursday, August 31Sunday, September 24Sunday, October 01Sunday, December 03
My friends