Saturday, July 02, 2005
cinta sejati seorang lelaki..
Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :
- Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan. Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
- Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
- Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.
- Dia mencemburi kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.
- Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.
- Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya.
- Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.
- Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.
- Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri.
- Merasa lega bila pasanganmemujuknya.
- Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri.
- Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.
- Dia akan kerap bertanya apakahkekasih/isterinya mencintainya.
- Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.
Oleh : Dr. HM Tuah Iskandar
Tambahan..Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.. Di antara tanda-tanda lelaki jatuh cinta dengan hebat ialah:
- Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta mahupun nyawa sendiri.
- Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
- Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
- Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
- Dia tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
- Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
- Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan dengannya terlalu lama.
- Dia mementingkan kekasihnya lebih daripada dirinya sendiri.
- Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasakan kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
- Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
- Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu dengan sabar.
- Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
- Apabila timbul orang ke-3, dia akan hilang akal dan sanggup membuat apa saja untuk merebut kekasihnya kembali.
- Dia tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya namun jika dia berbuat demikian, ini bermakna dia belum 100% mencintai kekasihnya itu.
- Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata untuk seorang perempuan.
HARGAILAH MEREKA.. (",)
Myself
NAME:
AGE:
D.O.B:
Favourites
bla bla
bla bla bla
bla bla bla bla
tag ME
insert your
tag board code
My history
Thursday, April 07Friday, April 08Wednesday, April 13Wednesday, April 20Monday, May 02Tuesday, May 03Friday, May 06Saturday, May 07Saturday, May 14Saturday, May 21Friday, June 10Saturday, June 11Sunday, June 12Tuesday, June 14Friday, June 17Monday, June 20Friday, June 24Saturday, June 25Wednesday, June 29Saturday, July 02Thursday, July 07Monday, July 25Tuesday, July 26Saturday, August 06Tuesday, August 09Monday, August 29Wednesday, August 31Monday, September 05Wednesday, September 07Sunday, September 11Thursday, September 15Thursday, October 27Saturday, April 29Tuesday, May 02Monday, May 08Wednesday, May 10Monday, May 15Sunday, June 04Wednesday, June 07Thursday, June 08Saturday, June 10Wednesday, June 14Sunday, June 18Thursday, June 22Friday, August 11Tuesday, August 22Sunday, August 27Thursday, August 31Sunday, September 24Sunday, October 01Sunday, December 03
My friends